MELAKA, 31 Ogos 2026 (The Capital Post) – Karnival Civil-Military Cooperation (CIMIC) Melaka 2026 yang berlangsung di Dataran 1Malaysia, Klebang meriah dengan penyertaan masyarakat daripada pelbagai lapisan sejak hari pertama penganjurannya.
Karnival berkenaan menampilkan pameran aset serta keupayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), selain aktiviti interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali peranan dan keupayaan pasukan keselamatan negara dengan lebih dekat.
Penganjuran CIMIC Melaka 2026 turut menjadi platform memperkukuh hubungan antara ATM, agensi kerajaan dan masyarakat, khususnya dalam membina persefahaman serta kerjasama awam-tentera yang lebih erat.
-Advertisement-
Karnival berkenaan berlangsung sehingga 31 Ogos 2026 dengan pelbagai aktiviti dan pengisian untuk pengunjung sepanjang tempoh penganjuran. – The Capital Post