Anak Angkat Rizalman Kritikal Selepas Kemalangan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR, 31 Ogos 2026 (The Capital Post) – Anak angkat kepada pereka fesyen tempatan, Datuk Rizalman Ibrahim, Umar Nail dilaporkan berada dalam keadaan kritikal selepas terlibat dalam kemalangan di kawasan pejalan kaki berhampiran Wangsa Walk, semalam.

Umar dipercayai mengalami kecederaan serius termasuk komplikasi pada organ dalaman selepas dilanggar sebuah lori ais yang dikatakan sedang mengundur sebelum mangsa terperosok ke bawah kenderaan berkenaan.

Menurut Rizalman menerusi hantaran di media sosial, anaknya telah dikejarkan ke hospital dan menjalani pembedahan serta rawatan kecemasan oleh pasukan pakar perubatan.

-Advertisement-

Beliau berkata keadaan Umar pada awalnya sangat kritikal dan memerlukan tindakan pembedahan segera sebelum ditempatkan di bawah pemantauan rapi pasukan perubatan.

Rizalman turut merakamkan penghargaan kepada orang awam dan semua pihak yang membantu di lokasi kejadian serta memudahkan urusan rawatan dan perubatan anaknya. – The Capital Post