SERDANG, 1 September 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkukuh usaha memperluas akses pasaran dan peluang perniagaan menerusi Laman HPM KUSKOP @ MAHA 2026 yang dirasmikan di MAEPS, Serdang, semalam.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong menyempurnakan majlis perasmian tersebut, yang buat julung kalinya menghimpunkan usahawan dan koperasi di bawah KUSKOP sempena MAHA 2026.
Platform berkenaan menyediakan ruang kepada 66 usahawan dan koperasi untuk mempamer, memasarkan serta menjual produk, selain membuka peluang mendapatkan akses pasaran, pembiayaan, latihan dan pengembangan perniagaan.
Inisiatif itu turut selari dengan Strategi ABCD KUSKOP yang memberi tumpuan kepada peningkatan produktiviti, pemudahcaraan urusan perniagaan, peluasan akses modal serta pembukaan pasaran baharu.
-Advertisement-
Pengunjung turut berpeluang menikmati Happy Hour Jualan MADANI KUSKOP dengan tawaran diskaun sehingga 30 peratus sepanjang 10 hari penganjuran MAHA 2026.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu yang meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra bersama para usahawan di Laman HPM KUSKOP. – The Capital Post