MOTAC Promosi Melawat Malaysia 2026–2027

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 1 September 2026 (The Capital Post) – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menyemarakkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 menerusi penyertaan Kontinjen Kesejahteraan: Melawat Malaysia 2026–2027 dalam perbarisan dan perarakan di Dataran Putrajaya, semalam.

Kontinjen yang diketuai Ketua Sekretariat Melawat Malaysia, Akbal Setia tampil membawa mesej patriotisme selain mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Kempen Melawat Malaysia 2026–2027 mengetengahkan kepelbagaian seni, budaya dan warisan negara, keindahan alam semula jadi, gastronomi serta pelbagai pengalaman pelancongan yang unik.

-Advertisement-

Seiring tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, sektor pelancongan dilihat terus memainkan peranan penting dalam merancakkan ekonomi, membuka peluang kepada komuniti serta memperkukuh ekosistem industri.

Penyertaan MOTAC dalam sambutan tersebut turut mencerminkan komitmen kementerian untuk memperkenalkan keunikan Malaysia kepada pelancong domestik dan antarabangsa serta mengangkat imej negara di persada dunia. – The Capital Post