Hospital Selayang Perkukuh Kesiapsiagaan Hadapi Risiko Kebakaran

Estimate Reading Time: < 1 minute

SELAYANG, 3 September 2026 (The Capital Post) – Hospital Selayang memperkukuh tahap keselamatan dan kesiapsiagaan warga kerja menerusi penganjuran Seminar Keselamatan Kebakaran Hospital Selayang bagi meningkatkan pengetahuan serta kesedaran berkaitan pengurusan kecemasan dan kebakaran.

Program berkenaan menampilkan perkongsian daripada beberapa penceramah berpengalaman, termasuk PBKgB 1 Noor Fazida Tina Mohd Noor, PKPbG Mohamad Ahkmal Mohd Khairi, Nor Azman Ramlee dan Fuad.

Penganjuran seminar turut mendapat kerjasama strategik Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Selayang serta Radicare (M) Sdn. Bhd. dalam usaha memperkukuh keupayaan warga hospital menghadapi sebarang situasi kecemasan.

-Advertisement-

Hospital Selayang turut merakamkan penghargaan kepada FSO Sarbani, Penyelaras Kursus Ahmad Farozi serta seluruh jawatankuasa penganjur atas komitmen menjayakan program tersebut.

Kerjasama berterusan bersama pihak bomba diharap dapat diperkasakan bagi memastikan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan kecemasan di hospital sentiasa berada pada tahap optimum. – The Capital Post