Labuan Bakal Jadi Hab Industri Tuna Bernilai RM4 Bilion

Estimate Reading Time: < 1 minute

LABUAN, 3 September 2026 (The Capital Post) – Labuan berpotensi muncul sebagai hab industri tuna selepas Perbadanan Labuan (PL) dan Labuan Food Industries Sdn. Bhd. memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bagi kerjasama strategik bernilai RM4 bilion.

Kerjasama selama tiga tahun itu memberi tumpuan kepada pembangunan industri tuna termasuk kemudahan pemprosesan dan penyimpanan, pengukuhan rantaian bekalan serta pembangunan aktiviti hiliran bagi menghasilkan produk makanan laut bernilai tambah.

MoU berkenaan diserahkan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan, YBrs. Tn. Hj. Rithuan Mohd. Ismail dan wakil Labuan Food Industries Sdn. Bhd. sempena MAHA 2026.

-Advertisement-

Kerjasama tersebut dijangka menyumbang kepada pengukuhan sektor industri Labuan selain membuka peluang pekerjaan, menarik pelaburan serta merancakkan pertumbuhan ekonomi setempat.

Inisiatif itu turut dilihat sebagai langkah strategik dalam memperluas industri makanan laut negara melalui pembangunan ekosistem tuna yang merangkumi pemprosesan, penyimpanan, rantaian bekalan dan produk hiliran. – The Capital Post