SERDANG, 4 September 2026 (The Capital Post) – Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 terus menjadi tumpuan pengunjung dengan menawarkan pelbagai produk tempatan termasuk makanan, minuman, kraftangan dan hasil inovasi usahawan desa.
Berlangsung dari 28 Ogos hingga 6 September 2026 di Laman Tiba 1, MAEPS Serdang, ruang berkenaan menyediakan platform kepada usahawan tempatan untuk memasarkan produk serta memperkenalkan hasil keluaran mereka kepada pengunjung.
Pengunjung berpeluang mendapatkan pelbagai produk tempatan sepanjang acara yang berlangsung setiap hari dari 9 pagi hingga 9 malam itu.
-Advertisement-
Penganjuran Laman Usahawan Desa @ MAHA 2026 turut memberi peluang kepada produk dan hasil kreatif usahawan luar bandar untuk diketengahkan kepada pasaran yang lebih luas, sekali gus menyokong perkembangan ekonomi komuniti desa. – The Capital Post