KSU Komunikasi Tinjau Operasi MyCreative Ventures

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA 13 September 2026 (The Capital Post) – Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Abdul Halim Hamzah mengadakan lawatan rasmi ke Kumpulan MyCreative Ventures (MyCV) di Petaling Jaya, Selangor bagi meninjau perkembangan operasi agensi serta peranannya dalam memperkukuh ekosistem industri kreatif negara.

Lawatan tersebut turut memberi peluang kepada Datuk Abdul Halim untuk beramah mesra dan menyantuni warga kerja MyCV, selain mengukuhkan hubungan serta kerjasama antara kementerian dengan agensi berkenaan.

Dalam kunjungan itu, beliau turut menerima taklimat berkaitan perkembangan semasa operasi MyCV, termasuk pelaksanaan fungsi dan tanggungjawab agensi dalam menyokong pertumbuhan serta pembangunan industri kreatif negara.

-Advertisement-

Taklimat berkenaan turut memberikan gambaran mengenai perkembangan terkini MyCV dalam melaksanakan peranan strategiknya, selaras dengan usaha kerajaan memperkukuh ekosistem industri kreatif yang berdaya saing dan mampan.

Lawatan tersebut mencerminkan komitmen Kementerian Komunikasi untuk terus memperkukuh hubungan dengan agensi di bawah seliaannya serta memastikan peranan dan tanggungjawab setiap agensi dapat dilaksanakan secara berkesan bagi menyokong agenda pembangunan industri kreatif negara – The Capital Post