Lawatan Penanda Aras Perkukuh Pelaksanaan MBJ KPK

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA, 22 September 2026 (The Capital Post) – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) menerima lawatan penanda aras daripada Kementerian Komunikasi bagi berkongsi pengetahuan dan pengalaman dalam memperkukuh pelaksanaan Majlis Bersama Jabatan (MBJ).

Sesi perkongsian itu memberi tumpuan kepada usaha memastikan setiap isu yang dibangkitkan menerusi MBJ disusuli dengan tindakan yang jelas, penetapan pihak bertanggungjawab serta sasaran penyelesaian yang boleh dipantau.

KPK turut berkongsi cadangan pengukuhan pelaksanaan MBJ berdasarkan empat tonggak utama iaitu komitmen berperingkat, kualiti isu, tindakan susulan dan pemantauan serta kepimpinan dan keterangkuman.

-Advertisement-

Pendekatan itu bertujuan memastikan MBJ berfungsi secara lebih berkesan sebagai platform untuk menangani isu berkaitan organisasi dan warga kementerian.

Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), lawatan berkenaan mencerminkan komitmen kedua-dua kementerian dalam memperkasa tadbir urus dalaman ke arah persekitaran kerja yang lebih responsif, inklusif dan sejahtera. – The Capital Post