PRN Melaka: Hari Mengundi 14 November, Penamaan Calon 31 Oktober

Estimate Reading Time: < 1 minute

MELAKA 7 Oktober 2026 (The Capital Post) – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 14 November 2026 sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Ke-16.

Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun, mengumumkan tarikh berkenaan selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Urusan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri (PRU DUN) Melaka Ke-16 hari ini.

SPR turut menetapkan 31 Oktober 2026 sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 10 November 2026.

-Advertisement-

PRN Melaka Ke-16 melibatkan kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) susulan pembubaran DUN Melaka Ke-15 yang berkuat kuasa pada 23 September lalu.

Penetapan tarikh berkenaan membuka laluan kepada proses pilihan raya negeri yang akan menyaksikan rakyat Melaka memilih wakil bagi membentuk kerajaan negeri untuk penggal baharu – The Capital Post