KUALA LUMPUR 10 Oktober 2026 (The Capital Post) – Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mempergiat usaha meningkatkan kecekapan pengurusan sumber manusia menerusi penganjuran Bengkel SHARE HRMIS Bilangan 2 dan 3 Tahun 2026 yang berlangsung pada 8 dan 9 Oktober lalu.
Bengkel anjuran Unit HRMIS, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia PETRA itu diadakan di Bilik Latihan ICT, Bahagian Pengurusan Maklumat PETRA, Menara PETRA.
Program berkenaan memberi tumpuan kepada Modul Pengurusan Rekod Peribadi dan Submodul Pengurusan Cuti dalam Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS), dengan penyertaan semua Pegawai Tadbir Bahagian (PTB) di kementerian tersebut.
Penganjuran bengkel bertujuan meningkatkan pemahaman peserta terhadap penggunaan modul HRMIS, selain menyediakan ruang untuk berkongsi isu dan cabaran yang timbul dalam pelaksanaan submodul berkenaan.
-Advertisement-
Sesi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ketua Penolong Setiausaha Seksyen Perjawatan dan Organisasi, Encik Mohanraj A/L Govindaraju. Bengkel itu dikendalikan oleh tenaga pengajar, Encik Faizul Amri bin Sarkom, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat daripada Unit HRMIS.
Inisiatif ini diharap dapat membantu memperkukuh penguasaan sistem HRMIS dalam kalangan pegawai serta meningkatkan kecekapan pengurusan rekod peribadi dan cuti di PETRA – The Capital Post