Kerajaan Sokong Pelan Institut Pemikiran al-Qaradawi

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 17 Oktober 2026 (The Capital Post) – Usaha memperkukuh penyelidikan dan wacana pemikiran Islam menjadi antara fokus pertemuan kerajaan bersama delegasi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarahnya merangkap Mufti Negeri Perlis, Dato’ Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Pertemuan tersebut membincangkan Pelan Tindakan Institut Pemikiran al-Qaradawi (IPQ) bagi tempoh 2027 hingga 2030, yang merangkumi perancangan dalam bidang penyelidikan, penerbitan, pembangunan bakat serta usaha memperluas jaringan keilmuan.

Selain itu, cadangan menganjurkan Seminar Antarabangsa Pemikiran al-Qaradawi pada tahun hadapan turut dibincangkan bagi membuka ruang perbincangan lebih luas mengenai pemikiran Islam dan cabaran tadbir urus negara dalam konteks semasa.

-Advertisement-

Kerajaan menyatakan sokongan terhadap inisiatif yang dapat memperkasa tradisi keilmuan, menggalakkan penyelidikan dan memperluas perbahasan pemikiran Islam, sekali gus menyumbang kepada penambahbaikan tadbir urus negara serta kesejahteraan ummah – The Capital Post