Anwar Hargai Sumbangan PEKIDA

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA 18 Oktober 2026 (The Capital Post) – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan bersama delegasi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (PEKIDA) yang diketuai presidennya, Dato’ Mohd Foad Mat Isa, bagi mempererat hubungan antara kerajaan dengan pertubuhan masyarakat.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk memperkukuh kerjasama dalam memelihara perpaduan, keharmonian serta kesejahteraan rakyat menerusi penglibatan aktif pertubuhan masyarakat dalam pembangunan negara.

Menurut Anwar menerusi kenyataan di Facebook, kerajaan sentiasa menghargai sumbangan pertubuhan yang komited dalam menyokong agenda pembangunan negara, selain menyemai nilai kebersamaan dalam kalangan masyarakat.

-Advertisement-

Beliau menegaskan bahawa usaha bersama antara kerajaan dan pertubuhan masyarakat penting bagi memastikan perpaduan terus terpelihara, hubungan sosial diperkukuh dan kebajikan rakyat kekal menjadi keutamaan – The Capital Post