PKP: KWSP lanjut tarikh bayaran caruman wajib

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bertindak melanjutkan tarikh membuat bayaran caruman wajib KWSP bagi bulan April kepada majikan yang terjejas perniagaan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

-Advertisement-

KWSP dalam satu kenyataannya berkata, majikan boleh membuat bayaran caruman wajib KWSP untuk gaji bulan Mac bermula dari 15 hingga 24 April ini.

-Advertisement-

Bayaran caruman itu boleh dilakukan melalui laman sesawang KWSP iaitu eCaruman dalam portal i-Akaun (Majikan), perbankan internet atau pun di kaunter bank yang dilantik. -BH