WUHAN: Sebuah hospital sementara yang beroperasi di Wuhan menghentikan operasinya, hari ini berikutan berlaku penurunan membabitkan jangkitan wabak COVID-19 di bandar itu, lapor agensi media, Xinhua.
-Advertisement-
Hospital Wuhan Leishenshan dibina dalam masa 10 hari bagi merawat pesakit COVID-19 dengan kumpulan terakhir pesakit dipindahkan ke hospital sedia ada di bandar itu semalam.
Menurut jurucakap Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Jiao Yahui, pemberhentian operasi serta-merta membabitkan hospital berkenaan menunjukkan bandar itu sudah mula beransur pulih daripada wabak berkenaan.
-Advertisement-
Dalam satu majlis sambutan penutup hospital itu, doktor dan jururawat mengibarkan bendera dan menulis nama mereka pada baju rakan sekerja masing-masing sebagai tanda kenangan.
Sementara itu, jurucakap di daerah itu turut berharap hospital berkenaan tidak akan dibuka semula selepas ini. –BERNAMA