TEHRAN: Sekurang-kurangnya seorang terbunuh dalam gempa bumi bermagnitud 5.1 pada skala Richter yang melanda bandar Damavand, 69 kilometer timur Tehran, kira-kira 00:48 waktu tempatan Jumaat (GMT 2018 Khamis), lapor agensi berita Xinhua.
-Advertisement-
Mangsa yang meninggal dunia itu seorang lelaki berusia 60 tahun dan 11 lagi dilaporkan cedera.
Menurut Pusat Seismologi Iran, pusat gempa pada kedalaman 7 kilometer, 35.777 darjah utara dan 52.045 darjah timur.
-Advertisement-
Setakat ini, lapan gempa susulan berkekuatan antara 2.5 hingga 3.9 turut dikesan.
Gegaran turut dirasakan di wilayah Alborz, Qom, Qazvin dan Mazandaran di Tehran.
– Bernama