Trump tolak rundingan semula perjanjian perdagangan dengan China

Estimate Reading Time: < 1 minute

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam menolak untuk membuat perundingan semula perjanjian perdagangan yang ditandatangani dengan China.

-Advertisement-

“Saya tidak berminat dalam hal itu,” kata Trump kepada wartawan ketika ditanya mengenai laporan bahawa China ingin membuka semula perbincangan mengenai perjanjian perdagangan yang ditandatangani, pada Januari.

-Advertisement-

“Tidak sedikit pun. Mari kita lihat apakah mereka memenuhi perjanjian yang mereka tandatangani “, kata Trump. – AFP