KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) antara stesen Kajang ke Sungai Buloh dilaporkan kembali beroperasi seperti biasa selepas mengalami gangguan elektrik awal pagi tadi.
-Advertisement-
Bagaimanapun, Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) menerusi Twitter AskRapidKL pagi ini memaklumkan, pergerakan tren antara stesen Phileo Damansara ke Mutiara Damansara dijangka mengalami kelewatan.
-Advertisement-
“Perkembangan semasa akan dimaklumkan kemudian,” katanya.
Terdahulu, tren MRT antara stesen Mutiara Damansara ke Semantan dilaporkan menghadapi isu bekalan elektrik.
-BH