2 lelaki ditahan bantu siasatan warga emas dibunuh

Estimate Reading Time: < 1 minute

BALING: Polis menahan dua lelaki untuk membantu siasatankes seorang lelaki warga emas yang ditemui dengan kesan jerut di leher dan tangan serta kakinya diikat di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata kedua-dua lelaki berusia 23 dan 25 tahun itu ditahan jam 3 pagi tadi di sekitar Kuala Ketil.

Polis akan mendapatkan kebenaran mahkamah untuk menahan reman kedua-dua suspek.

Dalam kejadian semalam, seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan tangan dan kakinya diikat serta terdapat kesan jerut di leher.

Shamsudin berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu daripada orang awam jam 3.21 petang semalam.

Kelibat dua lelaki dilihat menerusi rakaman CCTV dari rumah jiran mangsa ketika suspek hendak keluar dari rumah berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373