Warga emas maut ditemui dengan kesan jerut, kaki tangan diikat

Estimate Reading Time: < 1 minute

BALING: Seorang lelaki warga emas berusia 71 tahun ditemui dalam keadaan kaki dan tangannya diikat dan lehernya dijerut di sebuah rumah di Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam berkaitan penemuan warga emas itu yang tidak sedarkan diri.

Siasatan di tempat kejadian mendapati rumah jenis teres setingkat dan berpagar serta tidak mempunyai kesan pecah masuk.

“Si mati ditemui di katil bilik utama dan tempat kejadian tiada kamera rakaman litar tertutup (CCTV)

“Pemeriksaan rakaman CCTV di rumah jiran mangsa mendapati terdapat imej dua lelaki tidak dikenali menaiki motosikal jenis Yamaha Y15 berwarna gelap yang dipercayai suspek dipercayai keluar dari rumah berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Shamsudin berkata, suspek tinggal bersendirian di rumah itu selepas kematian isteri lapan tahun lalu.

Pemeriksaan mendapati, terdapat barangan mangsa yang hilang di tempat kejadian iaitu seutas rantai emas, sebentuk cincin yang dipakai dan dompet milik mangsa tiada.

“Hasil siasatan awal dipercayai berpunca bermotifkan samun namun siasatan masih dilakukan.

Beliau berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373