20 terbunuh akibat letupan periuk api di Nigeria

Estimate Reading Time: < 1 minute

KANO: Sekurang-kurangnya 20 penumpang beca bermotor yang baharu sahaja pulang dari menghadiri upacara pengebumian, terbunuh apabila kenderaan dinaiki mereka terkena periuk api di timur laut Nigeria.

Seorang anggota tentera, Gremah Bukar, berkata dua lagi penumpang kenderaan itu cedera parah dalam tragedi ketika semua mangsa sedang dalam perjalanan pulang selepas menghadiri pengebumian jenazah serangan pengganas semalam.

Beliau berkata, 22 mangsa yang semuanya lelaki berasal dari Kampung Karabiri,

terlanggar periuk api yang dipercayai ditanam oleh pengganas.

“Akibat daripada itu, 20 mangsa maut dan dua lagi cedera parah.

“Terdapat kebimbangan pengganas boleh kembali dan mengganggu upacara pengebumian tetapi orang ramai berkeras untuk tetap mengebumikan jenazah,” katanya.

Sebelum kejadian, penduduk kampung mengadakan pengebumian untuk mangsa di Kayayya di daerah Geidam di Yobe, yang maut di tangan pengganas Boko Haram.

Dalam pada itu, Gremah berkata kedua-dua mangsa yang cedera dibawa ke hospital besar di Geidam, yang jaraknya kira-kira 30 kilometer (km) dari lokasi kejadian.

Serangan daripada pengganas yang melancarkan perang selama 14 tahun dilihat semakin reda di timur laut Nigeria kerana mereka tidak lagi menguasai kawasan yang luas.

Sebaliknya, mereka hanya menyerbu kawasan luar bandar, menyerang pangkalan tentera dan konvoi hendap.

Kumpulan Boko Haram kelmarin membunuh sekurang-kurangnya 17 orang dalam serangan ke atas sebuah perkampungan pertanian di negeri Yobe kerana keengganan penduduk membayar levi lembu.

– AFP

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373