484, 828 penerima bantuan JKM bulan November terjejas

Estimate Reading Time: < 1 minute

Putrajaya, 2 November 2019 (The Capital Post) – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memaklumkan bahawa seramai 484, 828 penerima bantuan kebajikan Persekutuan akan mengalami kelewatan bayaran bantuan bagi bulan November 2019 disebabkan masalah-masalah teknikal yang tidak dapat dielakkan.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat berkata bahawa bayaran bantuan akan dikreditkan ke dalam akaun penerima bantuan sebelum atau selewatnya pada 10 November 2019.

Bantuan AM Persekutuan memperuntukan sekurang – kurangnya RM 100 sebulan untuk seorang sehingga RM350 Maksimum sebulan untuk sekeluarga untuk menampung perbelanjaan harian keluarga penerima. Berita kelewatan ini dimaklumkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dalam satu kenyataan media. – The Capital Post

 

Kenyataan Media Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga

 

 

Comments (0)
Add Comment