6,276 kes baharu COVID-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Malaysia mencatat pertambahan kes COVID-19 melebihi 6,000 kes dua hari berturut-turut, dengan 6,276 kes baharu dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 751,979 kes.

Beliau berkata, Selangor kekal negeri tertinggi melaporkan kes baharu dengan 2,836 kes, diikuti Negeri Sembilan sebanyak 644 kes.

“Selain itu Kuala Lumpur dengan 625 kes, Sarawak (376), Johor (299), Sabah (242), Kedah (226), Melaka (223), Pahang (210), Kelantan (159), Perak (137), Labuan (132) dan Pulau Pinang (131).

“Dua negeri mencatat kes dua digit iaitu Terengganu dengan 20 kes baharu dan Putrajaya merekodkan 11 kes manakala Perlis hanya mempunyai lima kes baharu,” katanya dalam Facebook, hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373