5,218 kes baharu COVID-19 hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jumlah kes baharu COVID-19 kekal melebihi 5,000 kes enam hari berturut-turut, dengan 5,218 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negara ini meningkat kepada 739,266 kes.

Bagaimanapun, jumlah kes yang dilaporkan hari ini sedikit berkurangan berbanding semalam yang mencatatkan 5,586 kes.

Katanya, Selangor terus menjadi negeri tertinggi mencatatkan pertambahan kes dengan 1,989 kes, diikuti Negeri Sembilan (629); Kuala Lumpur (469); Sarawak (409); Perak (400) dan Sabah (258).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini, hanya dua negeri mencatatkan kes satu digit iaitu Putrajaya dengan lapan kes serta Perlis, lima kes,” katanya dalam Facebook, hari ini.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373