8,209 kes baharu direkodkan

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Kes penularan COVID-19 di negara ini kembali meningkat iaitu sebanyak 8,209 kes dilaporkan hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 di negara ini meningkat ke 595,374 kes.

Katanya, daripada jumlah kes berkenaan, Selangor menjadi negeri tertinggi yang mencatatkan kes baharu iaitu 3,125 kes diikuti Kuala Lumpur (801); Johor (752); Sarawak (594); Negeri Sembilan (576) dan Kelantan (414).

“Semua negeri mencatatkan pertambahan kes baharu hari ini dan Putrajaya menunjukkan peningkatan mendadak dengan 33 kes hari ini berbanding semalam hanya satu kes. “Negeri terendah yang mencatatkan pertambahan kes ialah Perlis dengan lima kes baharu,” katanya.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373