Ancaman AI tuntut langkah keselamatan baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

OTTAWA: Potensi ancaman perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI) memerlukan langkah kawalan dibina ke dalam sistem itu sejak awal lagi dan bukannya menunggu sehingga timbul masalah.

Pengarah Agensi Keselamatan Siber dan Infrastruktur Amerika Syarikat (AS), Jen Easterly, berkata semakin banyak produk AI dikeluarkan dalam masa yang singkat tanpa kesedaran penuh mengenai manfaat mahupun kemudaratannya.

“Kita sudah membiasakan amalan global di mana produk teknologi dikeluarkan penuh dengan pelbagai masalah dan mengharapkan ia diperbetulkan oleh pengguna.

Kita tidak boleh meneruskan amalan seperti ini apabila berurusan dengan AI,” katanya pada satu persidangan mengenai AI di Ottawa, Kanada.

Beliau juga berpendapat segala langkah berjaga-jaga yang diperlukan berkaitan AI harus dilaksanakan segera pada peringkat global dengan membabitkan syarikat teknologi dan kerajaan.

Katanya, aspek teknikal untuk membangunkan AI dengan keupayaan yang selamat dan dapat dikawal perlu diselaraskan sejak peringkat awal penghasilan sesuatu AI.

Ketua Pusat Keselamatan Siber Kanada, Sami Khoury, juga sependapat dengan Easterly dan menyifatkan AI sebagai terlalu berkuasa serta perkembangannya bergerak terlalu pantas.

Sidang berkenaan, yang disertai agensi dari 18 negara termasuk AS, turut mengiktiraf garis panduan baharu mengenai keselamatan siber AI, menumpukan terhadap reka bentuk selamat, pembangunan, penggunaan dan penyenggaraannya.

Kata Khoury, aspek keselamatan merangkumi keseluruhan jangka hayat sesuatu teknologi AI perlu diteliti rapi seara berterusan.

Awal bulan ini, pembangun utama AI bersetuju bekerjasama dengan kerajaan untuk menguji model AI baharu sebelum ia disedarkan, bagi membantu menangani sebarang risiko berkaitan teknologi yang berkembang pesat itu.
– REUTERS
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373