Arab Saudi rancang bina loji tenaga nuklear pertama

Estimate Reading Time: 2 minutes

Arab Saudi, IAEA bekerjasama bangunkan tenaga nuklear

VIENNA: Arab Saudi dengan kerjasama erat bersama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) giat membangunkan kemudahan tenaga nuklear dalam pelbagai bidang.

Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz Salman, berkata ia termasuk Projek Tenaga Atom Negara milik kerajaan, yang merangkumi penubuhan loji tenaga nuklear pertama di negara itu.”Arab Saudi teruja untuk mengaktifkan pusat kerjasama serantau, dengan kerjasama IAEA, bagi membangunkan keupayaan manusia dalam bidang kesiapsiagaan.”Ia juga bagi membangunkan tindak balas terhadap kecemasan radiologi dan nuklear serta aspek pengawalseliaan lain di peringkat nasional, serantau dan antarabangsa,” katanya semasa berucap pada mesyuarat Perhimpunan Agung ke-67 IAEA di Vienna seperti dilaporkanAgensi Akhbar Saudi.

Arab Saudi juga memeterai perjanjian untuk menyediakan tenaga pakar profesional kepada IAEA.Putera Abdulaziz dan Pengerusi Lembaga Pengarah Pusat Atom dan Tenaga Boleh Diperbaharui Raja Abdullah (KACARE)menandatangani Perjanjian Program Profesional Muda bersama Ketua Pengarah IAEA, Rafael Grossi.Perjanjian itu bagi melatih dan membangunkan bakat muda negara dalam pelbagai bidang teknikal yang berkaitan dengan IAEA, membolehkan mereka memperoleh kepakaran dalam bidang yang menyokong agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menangani isu antarabangsa yang dibincangkan dalam bidang kuasanya.

Pada masa sama, Putera Abdulaziz, berkata menekankan kepentingan usaha antarabangsa bersepadu untuk melaksanakan peruntukan perjanjian tanpa berasaskan keuntungan dan kepentingan untuk menghadapi percambahan nuklear di Timur Tengah.Beliau berkata, ia memerlukan pelaksanaan penuh Resolusi No 1995 untuk mewujudkan zon bebas senjata nuklear di Timur Tengah.Putera Abdulaziz turut mengumumkan sokongan kerajaan untuk inisiatif ‘Rays of Hope’ yang dilancarkan oleh IAEA, dengan sumbangan berjumlah $2.5 juta (RM11.73 juta).Ia bagi membantu menyelamatkan nyawa dan menangani beban kanser dengan menggunakan teknik nuklear. Inisiatif ini termasuk projek berasaskan kemampanan bagi mengukuhkan perundangan dan infrastruktur yang diperlukan untuk keselamatan radiasi.

Sementara itu, Grossi berkata, hubungan IAEA dijangka lebih rapat dan inklusif bersama Arab Saudi melalui rancangan tenaga nuklear awamnya.”Kami bersedia untuk menyokong, memastikan tenaga yang selamat dan cekap untuk negara,” katanya.
-SAUDIGAZETTE
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373