Banjir Kelantan: Jumlah mangsa meningkat kepada lebih 800

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 880 orang setakat jam 8.30 pagi ini. Semua mangsa membabitkan 269 keluarga itu ditempatkan di 16 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah.

Empat daerah dilanda banjir sehingga pagi ini iaitu Pasir Puteh, Machang, Kuala Krai dan Tanah Merah.Berdasarkan portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pasir Puteh merekodkan 402 mangsa yang ditempatkan di tiga PPS.

Tanah Merah merekodkan 246 mangsa yang berada di tujuh PPS, Kuala Krai membabitkan 214 mangsa di lima PPS dan Machang membabitkan 18 mangsa di satu PPS.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373