Banjir Sabah makin pulih, 443 mangsa masih di PPS

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA KINABALU: Jumlah penduduk terjejas banjir membabitkan empat daerah di Sabah, kekal 443 orang dari 134 keluarga setakat jam 8 pagi ini.

Bilangan mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) tidak menunjukkan sebarang pertambahan atau penurunan sejak malam tadi.

Daerah yang masih mempunyai mangsa banjir ialah Beaufort, Kota Belud, Papar dan Tenom.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah berkata, setakat ini masih ada enam PPS yang dibuka membabitkan semua daerah terjejas.

“Beaufort menjadi daerah paling ramai mangsa banjir masih berada di PPS.

“Seramai 292 mangsa daripada 76 keluarga berada di dua PPS iaitu Dewan Datuk Seri Panglima Mohd DUN Banir dan Dewan Pa’ Musa.

“Selain itu, 129 mangsa banjir daripada 35 keluarga berada di PPS Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Suang Punggor serta Dewan Kampung Song-Song, daerah Kota Belud.

“Manakala daerah Papar serta Tenom masing-masing mencatatkan 41 mangsa daripada 18 keluarga dan 26 mangsa membabitkan lima keluarga,” katanya.

Jurucakap APM Sabah berkata, semua mangsa yang terkesan banjir terbabit adalah penduduk daripada 111 kampung.

Sementara itu, walaupun banjir di beberapa lokasi semakin pulih, namun ada 53 batang jalan masih digenangi banjir ketika ini.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373