Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat

Estimate Reading Time: < 1 minute

BEAUFORT: Jumlah bilangan mangsa banjir di Sabah membabitkan daerah Beaufort dan Tenom terus meningkat berbanding petang semalam.

Setakat jam 8 pagi ini, seramai 72 penduduk membabitkan 17 keluarga masih ditempatkan di dua pusat pemindahan sementara (PPS) melibatkan semua daerah berkenaan.

Jumlah itu bertambah berbanding 66 mangsa daripada 16 keluarga sehingga jam 8 malam tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sabah, berkata seramai 46 mangsa membabitkan 12 keluarga kini ditempatkan di PPS Dewan Datuk Seri Panglima Dun Banir.

“Daerah Tenom mencatatkan penduduk terjejas banjir seramai 26 orang daripada lima keluarga dan masih berada di PPS Rumah Kebudayaan Kalang Kanar.

“Setakat ini, tiada sebarang pertambahan PPS namun semua agensi yang terlibat sentiasa bersiap siaga dengan sebarang kemungkinan ekoran keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini.

“Oleh itu, kita menasihatkan penduduk setempat khususnya tinggal di kawasan rendah atau berhampiran sungai agar sentiasa peka dengan keadaan suasana semasa selain berpindah segera jika perlu,” katanya.

Katanya, terdapat 45 kampung terjejas banjir di daerah Beaufort manakala 11 kampung di Tenom.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373