Bekas pengerusi GLC bakal didakwa terima suapan RM33.45 juta

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bekas pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk bakal berhadapan 22 pertuduhan rasuah berhubung skandal pembelian hartanah oleh MARA Inc di Dudley International House, Australia.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Malaysia berkata, lelaki terbabit bakal didakwa di Mahkamah Sesyen Rasuah Kuala Lumpur pada 5 Februari, Jumaat ini, dengan pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a), 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan rasuah 2009 dan Seksyen 2(4) Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2010.

Menurutnya, Datuk berusia 65 tahun dikatakan menerima rasuah sebanyak RM33.45 juta hasil pembelian hartanah di Australia oleh MARA Inc.

 

“Siasatan SPRM bermula susulan pendedahan dibuat oleh portal The Sydney Morning Herald yang melaporkan seorang individu rakyat Malaysia yang bermastatutin di Australia telah didakwa atas tuduhan merasuah seorang pegawai warga asing dan empat lagi tuduhan akaun palsu berkaitan penjualan blok penginapan pelajar Dudley House di Melbourne kepada MARA Inc, ” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan Datuk terbabit pada 11.30 pagi ini di Ibu Pejabat SPRM dan akan dihadapkan ke mahkamah jenayah rasuah.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373