Bekas perenang kebangsaan meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Bekas perenang kebangsaan Lim Heng Chek, 85, meninggal dunia Sabtu, menurut Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dalam satu kenyataan pada Ahad.

MOM berkata pemergian Lim adalah satu kehilangan amat berharga kepada arena renang di Malaysia, dan ia turut menyampaikan ucapan takziah kepada anggota keluarga mendiang.

“Mendiang merupakan atlet hebat yang pernah mengambil bahagian dalam semua empat kejohanan sukan di bawah bidang kuasa Persekutuan Majlis Olimpik Malaya (FMOC), yakni Sukan Olimpik, Sukan Empayar British dan Komanwel, Sukan Asia, dan Sukan SEAP (kini dikenali sebagai Sukan SEA),” menurut kenyataan itu, yang dipaparkan di laman Facebook MOM.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373