Bekas presiden Perancis Jacques Chirac meninggal dunia

Estimate Reading Time: < 1 minute

ANKARA, 26 Sept — Bekas Presiden Perancis Jacques Chirac meninggal dunia pada usia 86 tahun, lapor agensi berita Anadolu memetik media tempatan.

“Presiden Jacques Chirac meninggal dunia pagi ini pada Khamis dan keluarganya berada di sisi ketika beliau menghembuskan nafas terakhir,” kata menantunya, Frederick Salat-Baroux, lapor akhbar harian Perancis, Le Figaro.

Chirac berkhidmat sebagai presiden dari 1995 hingga 2007.

Beliau juga pernah berkhidmat selama dua penggal sebagai perdana menteri dari 1974 hingga 1976 dan 1986 hingga 1988.- Bernama

Comments (0)
Add Comment