Bellingham sah sertai Real Madrid

Estimate Reading Time: < 1 minute

DORTMUND: Borussia Dortmund mengesahkan Real Madrid bersetuju menandatangani pemainnya, Jude Bellingham.

Pemenang Liga Juara-Juara Eropah 2022 itu akan membayar 115 juta pound (RM661.01 juta) bagi membawa bintang England itu ke Bernabeu.

“Jude Bellingham semakin hampir untuk melengkapkan perpindahan dari Borussia Dortmund ke Real Madrid.

“Persetujuan sudah dicapai antara kedua-dua pihak dan butiran kontrak perlu dilengkapkan,” kata Dortmund.

Kelab Bundesliga itu mengesahkan yang mereka akan menerima bayaran pendahuluan 88 juta pound (RM505.84 juta) daripada Real Madrid dengan tambahan 27 juta pound (RM155.21 juta).

Pemain tengah England itu berada dalam senarai teratas pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti pada jendela perpindahan musim panas ini.

Bellingham menjaringkan 24 gol dalam 132 perlawanan untuk Dortmund, memenangi Piala Jerman pada tahun 2021.

Dia mungkin akan ditemani rakan sepasukan England, Harry Kane yang kontraknya bersama Spurs tamat pada musim panas tahun depan.

Real sedang mencari penyerang baharu bagi menggantikan Karim Benzema yang membuat kejutan dengan berpindah ke Arab Saudi.

– AGENSI

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373