BN yakin di 16 kerusi DUN Kelantan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KOTA BHARU: Barisan Nasional (BN) Kelantan yakin setakat ini 16 kerusi DUN mampu dimenangi parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 12 Ogos nanti.

Setiausahanya, Datuk Md Alwi Che Ahmad, berkata ia termasuk lapan kerusi yang disandang BN dapat dikekalkan.

“Melihat kepada situasi terkini, saya yakin kita dapat kekalkan lapan kerusi milik kita selain tambahan lapan kerusi lagi termasuk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jelawat dan Melor.

“Insya-Allah secara keseluruhan 16 kerusi kini kita yakin menang. Ini tidak termasuk kerusi yang ditandingi Pakatan Harapan (PH).

“Kita berharap PH dapat memenangi sekurang-kurangnya tujuh kerusi daripada 14 kerusi yang ditandingi mereka,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, momentum BN dan PH kini semakin baik dan pihaknya yakin rakyat Kelantan sudah sedar dan mahu berubah.

“Justeru kita berharap momentum ini berkekalan sehingga 12 Ogos nanti sekali gus menjadikan PH dan BN semakin kuat di Kelantan,” katanya.

Untuk PRN di Kelantan, BN bertanding di 31 kerusi manakala PH bertanding di 14 kerusi.

Jumlah majoriti mudah bagi membentu kerajaan negeri ialah 23 kerusi.

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373