Covid-19 : Angka Kematian Meningkat kepada 11 Orang Setakat 12pm, 23 Mac 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

KAJANG, 23 Mac 2020 (The Capital Post) – Seorang pesakit Covid-19 berusia 70 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia bulan lalu meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (dahulunya dikenali sebagai HUKM) malam tadi.

Kini angka kematian pesakit Covid-19, telah meningkat kepada 11 orang. Perkara ini dimaklumkan melalui laman facebook rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sebentar tadi – The Capital Post

Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat satu (1) lagi pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 yang telah dilaporkan kepada Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan. Pelaporan terbaharu ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia sebanyak sebelas (11) orang setakat ini.

Kes kematian kesebelas ini (kes ke-1070) merupakan seorang warganegara Malaysia berusia 70 tahun dengan latarbelakang penyakit kronik. Beliau mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada bulan Februari 2020. KKM juga dimaklumkan bahawa beliau merupakan Pengerusi surau kawasan setempat beliau.

Beliau telah mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM pada 18 Mac 2020. Beliau telah disahkan positif COVID-19 pada 19 Mac 2020 dan diberi bantuan pernafasan di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 22 Mac 2020 jam 9.05 malam.

KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

– Kementerian Kesihatan Malaysia

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373