Covid-19 : 24 Pesakit Meninggal Setakat 11am, 27 Mac 2020

Estimate Reading Time: < 1 minute

PETALING JAYA, 27 Mac 2020 (The Capital Post) – Jumlah kematian akibat virus Covid-19 telah meningkat kepada 24 orang. Dengan kematian seorang pesakit yang berusia 35 tahun yang telah melawat Indonesia awal bulan ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa pesakit tersebut merupakan kes yang ke- 1,056. Pesakit tersebut telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac, lima hari selepas menunjukkan gejala.

Pesakit diuji positif untuk Covid-19 pada 20 Mac dan meninggal pada jam 9.30 malam tadi.

Dua ratus tiga puluh lima kes baru dilaporkan pada tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes  Covid-19 di Malaysia merupakan 2,031 setakat ini.

Kementerian Kesihatan telah mengklasifikasikan 13 kawasan di seluruh negara sebagai titik panas untuk virus itu. – The Capital Post

Comments (0)
Add Comment