Dokumen dirampas, Radzi akan dipanggil SPRM minggu depan

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) merampas beberapa dokumen bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah projek bernilai RM80 juta membabitkan sebuah kementerian.

Menurut sumber, rampasan dokumen itu dibuat susulan penahanan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan bagi siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Individu terbabit bersama seorang lagi lelaki berusia 50-an yang juga pemilik sebuah syarikat bagaimanapun, dibebaskan hari ini selepas tidak disambung reman.

“Sementara itu, bekas Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin akan dipanggil memberi keterangan berkaitan kes terbabit, minggu depan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan bekas setiausaha politik bekas menteri kanan antara dua ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah bagi projek bernilai RM80 juta.

Lelaki berusia 20-an itu ditahan bersama seorang lagi lelaki ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.

Susulan itu, Radzi dalam satu kenyataan menafikan terbabit dalam sebarang dakwaan berkaitan siasatan rasuah ke atas satu projek rundingan terus percetakan buku terbabit.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373