Enam maut nahas tiga kenderaan di Lahad Datu

Estimate Reading Time: < 1 minute

LAHAD DATU: Enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tungku berhampiran Kampung Membatu, Lahad Datu, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, kenderaan terbabit ialah sebuah Isuzu Dmax, Proton Saga dan treler.

Difahamkan, treler berkenaan terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter manakala dua kenderaan lain remuk teruk di jalan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Kamarulzaman Malik Abdullah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.51 pagi.

Sebaik tiba di lokasi, katanya, semua mangsa masih tersepit dalam semua kenderaan yang terbabit.

“Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan semua mangsa yang tersepit.

“Enam mangsa yang disahkan meninggal dunia adalah pemandu lori, seorang lelaki dan wanita yang menaiki Isuzu Dmax serta dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki Proton Saga,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Kamarulzaman berkata, mayat semua mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373