EURO: Ronaldo ‘Raja Gol’ Kejohanan Eropah

Estimate Reading Time: < 1 minute

BUDAPEST: Cristiano Ronaldo bergelar penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam sejarah Kejohanan Eropah menerusi penalti lewat permainan ketika Portugal membuka kempen Euro 2020 berdepan Hungary di Budapest sebentar tadi.

Gol Ronaldo yang meletakkan juara bertahan itu mendahului 2-0 berbaki tiga minit permainan, adalah yang ke-10 dalam pusingan akhir Kejohanan Eropah, membabitkan lima kejohanan bermula 2004.

Ronaldo kemudian menambah satu lagi gol pada penamat permainan, yang ke-11 di Euro bagi memastikan pasukannya menang 3-0 dalam saingan Kumpulan F itu.

Ronaldo, pada usia 36 tahun, mengatasi rekod sebelumnya dengan sembilan gol dicipta bintang Perancis, Michel Platini.

Semua gol Platini hadir ketika Perancis menang Euro di laman sendiri pada 1984.

Ronaldo sebaliknya meledak dua gol pada Euro 2004 ketika Portugal tewas pada final di tangan Greece selaku tuan rumah sebelum menambah satu gol pada 2008, tiga pada 2012 dan tiga lagi ketika Selecao menang trofi berkenaan pada 2016.

Dia kini mengumpul 106 gol buat negaranya, hanya tiga kurang untuk menyamai rekod jaringan sepanjang zaman peringkat antarabangsa dengan 109 gol dicipta pemain Iran, Ali Daei.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373