Gempa bumi bermagnitud 6.6 landa luar persisiran Kepulauan Jawa

Estimate Reading Time: < 1 minute

JAKARTA: Satu gempa bumi kuat dengan magnitud 6.6 melanda luar persisiran Kepulauan Jawa, Indonesia, pagi ini, lapor Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Menurut USGS, gempa bumi itu membabitkan kedalaman lebih 500 kilometer, namun kesan kerosakan dan kematian yang berlaku berkemungkinan rendah.

Gempa bumi berkenaan melanda 100 kilometer luar bandar Batang sekitar waktu matahari terbit.

Indonesia sering mengalami gempa bumi berikutan terletak dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik.

Pada 2018, gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 disusuli tsunami melanda Kepulauan Sulawesi menyebabkan lebih 4,300 mangsa maut dan hilang.

Gempa bumi dahsyat dengan magnitud 9.1 melanda luar persisiran Sumatera pada 2004, sekali gus mencetuskan tsunami yang meragut kira-kira 220,000 nyawa di rantau ini, termasuk kira-kira 170,000 mangsa di Indonesia. – AFP

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373