India, Turkiye, Nigeria ancam tutup Twitter

Estimate Reading Time: 2 minutes

WASHINGTON: Pengasas bersama Twitter, Jack Dorsey, memberi amaran pentas media sosial itu berisiko ditutup di India, Nigeria dan Turkiye.

Tindakan itu tidak akan diteruskan jika Twitter mematuhi arahan untuk menyekat peranan wartawan dan penunjuk perasaan dalam pentas terbabit terbabit di negara berkenaan.

Dorsey berhenti daripada jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter pada 2021 sebelum pentas media sosial itu dibeli jutawan Elon Musk pada 2022.

Beliau berkata, India adalah negara yang banyak menggunakan Twitter bagi saluran bantahan terhadap kerajaan.

“Ia membabitkan bantahan petani, dan segelintir wartawan tertentu yang mengkritik kerajaan,” katanya dalam temu bual kepada rancangan berita YouTube Breaking Points.

Petani India menamatkan protes selama setahun pada akhir 2021 selepas memenangi pampasan daripada kerajaan.

Demonstrasi itu adalah antara yang terbesar dihadapi kerajaan India di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Narendra Modi, dan parti nasionalis Hindu. Bharatiya Janata (BJP).

Dorsey menjelaskan, ancaman itu dilaksanakan dengan memberi bayangan bahawa kerajaan akan menutup Twitter di India, yang juga pasaran sangat besar untuk media sosial terbabit.

“Selain itu terdapat ancaman ‘kami akan menyerbu rumah pekerja anda,’ yang mereka lakukan, selain ‘kami akan menutup pejabat anda jika anda tidak mengikutnya.’

“Ini adalah India, sebuah negara demokrasi,” katanya.

Kerajaan India sebelum ini menafikan dakwaan bahawa ia mengarahkan sekatan maklumat tertentu dalam talian dan mengatakan ia hanya bertujuan untuk menyekat maklumat salah.

Dorsey berkata, tekanan yang sama turut diterima daripada kerajaan di Turkiye dan Nigeria, yang menyekat pentas sosial Twitter di negara mereka pada tahap berbeza selama beberapa tahun, sebelum menarik balik larangan terbabit.

“Turkiye sangat sama (dengan India), kami mendapat permintaan daripada Turkiye. Kami menentang Turkiye di mahkamah mereka dan sering menang, tetapi mereka tetap mengancam untuk menutup Twitter,” katanya.

Dorsey berkata, keadaan di Nigeria pula berbeza apabila Twitter tidak dapat membuka pejabatnya di negara itu kerana bimbang terhadap ancaman daripada kerajaan negara berkenaan.

Nigeria menggantung khidmat Twitter pada 2021 selepas ia menurunkan muat naik daripada jawatan Presiden ketika itu, Muhammadu Buhari, yang mengancam untuk menghukum puak pemisah di rantau itu.

Namun, larangan itu ditarik semula pada awal tahun lalu selepas Twitter bersetuju untuk membuka pejabat tempatan, hasil perjanjian dengan pihak berkuasa.

Susulan itu, kumpulan advokasi menimbulkan kebimbangan mengenai keadaan hak asasi manusia di India, Turkiye dan Nigeria.

– REUTERS

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373