Ismail Sabri menghadap Agong hari ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUANTAN: Perdana Menteri yang baharu dilantik, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijadualkan menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Abdulaziz di sini, pagi ini.

Sebuah pesawat khas yang membawa Perdana Menteri dari pangkalan Tentera Udara di Subang, Selangor dijangka mendarat di pangkalan Tentera Udara Kuantan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dijangka menyambut Ismail Sabri di pangkalan tentera udara sebelum menghadap Agong.

Difahamkan, kehadiran Perdana Menteri itu bertujuan mempersembahkan senarai nama Jemaah Menteri.

Oleh kerana hanya ada satu pintu masuk ke istana, petugas media dan polis mula berkumpul di pintu utama pada jam 9 pagi.

-BH

Comments (0)
Add Comment