Jangkitan COVID-19 catat paras tertinggi baharu

Estimate Reading Time: < 1 minute

PUTRAJAYA: Jangkitan COVID-19 terus meningkat dengan mencecah paras tertinggi baharu apabila sebanyak 20,889 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kes positif baharu yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat kepada 1,224,595 sejak wabak itu dikesan di negara ini Februari tahun lalu.

Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 8,792 kes, disusuli Kuala Lumpur dengan 2,483 kes.

Tiga negeri lain turut menyumbang kes empat angka iaitu Kedah dengan 1,371 kes, Sabah (1,291) dan Johor dengan 1,275 kes.

Selain itu Negeri Sembilan melaporkan sebanyak 986 kes diikuti Kelantan (938); Pulau Pinang (776); Sarawak (652); Perak (624); Pahang (610); Melaka (491); Terengganu (460); Putrajaya (122) dan masing-masing sembilan kes di Labuan serta Perlis.

-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373