Jemaah solat Jumaat bersolidariti dengan rakyat Palestin

Estimate Reading Time: < 1 minute

GEORGETOWN: Jemaah di Masjid Negeri Pulau Pinang di sini, mengadakan Himpunan Solidariti untuk Palestin di perkarangan masjid berkenaan selepas selesai solat Jumaat, hari ini.

Himpunan berkenaan turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.

Himpunan berlangsung aman dengan dihadiri lebih 200 peserta yang turut membawa bendera Malaysia dan Palestin.

Terdahulu, turut diadakan solat hajat selepas solat Jumaat bagi memohon kesejahteraan umat Islam di Palestin.

Imam Besar masjid negeri, Datuk Mohd Nordin Samah juga sebak ketika membaca doa yang memohon keselamatan serta keamanan buat rakyat Palestin.

Sementara itu Mohamad berkata, himpunan itu adalah tanda rakyat Malaysia menyokong perjuangan Palestin bagi membebaskan negaranya.

“Kami membantah sekeras-kerasnya serangan yang tidak berperikemanusiaan, kekejaman dan kezaliman berterusan yang tidak bertanggungjawab.

” Ia juga menyebabkan kemusnahan harta benda serta kehilangan banyak nyawa.

“Sesungguhnya doa dan munajat yang dipanjatkan ke hadrat Allah SWT adalah menjadi lambang solidariti berpanjangan umat Islam bagi keamanan Palestin,” katanya.

– BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373