Korban demam denggi meningkat di Bangladesh

Estimate Reading Time: < 1 minute

DHAKA: Kerajaan Bangladesh mengesahkan sembilan lagi kematian akibat demam denggi, menjadikan jumlah korban penyakit itu di negara ini mencecah 155 mangsa sejak Januari lalu.

Menurut laporan Xinhua memetik Direktorat Jeneral Perkhidmatan Kesihatan (DGHS), semalam, jumlah itu termasuk 34 kematian direkodkan pada Jun lalu dan 108 lagi bulan ini.

Dalam tempoh 20 hari pertama bulan ini, menurut angka dilaporkan DGHS bawah Kementerian Kesihatan, 19,569 lagi kes denggi direkodkan selepas 5,956 orang dijangkiti penyakit bawaan nyamuk itu pada Jun lalu.

Sebanyak 1,755 kes denggi baharu, termasuk 845 di Dhaka, dilaporkan dalam tempoh 24 jam hingga jam 8 pagi (waktu tempatan) semalam, menurut data DGHS.

Jumlah jangkitan demam denggi dilaporkan sejak awal Januari lalu kini mencecah 27,547 kes.

Bagi mengatasi situasi genting itu, pihak berkuasa kesihatan Bangladesh bertindak memperkukuh langkah memeriksa tempat pembiakan nyamuk dan menjalankan operasi antilarva.

– BERNAMA-XINHUA

– BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373