Lima peratus tidak hadir sesi suntik vaksin Covid-19

Estimate Reading Time: < 1 minute

KUALA SELANGOR: Pihak Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) mendedahkan sebanyak lima peratus penerima vaksin Covid-19 tidak hadir pada sesi janji temu setiap hari bagi mendapatkan suntikan vaksin itu.

Ini melibatkan Pusat Pemberian Vaksin Institusi Pengajian Tinggi (PPV IPT) Mega UiTM Kampus Puncak Alam, sejak ia beroperasi 5 Jun lalu.

Pengarah Hospital UiTM, Dr. Sazzli Kasim berkata, situasi itu amat membimbangkan kerana dikhuatiri membazirkan vaksin yang sudah dikeluarkan daripada peti sejuk khas.

“Apabila botol vaksin sudah keluar daripada peti sejuk, ia harus digunakan pada hari itu.

“Jadi, kita akan maklum awal pada mereka yang ambil vaksin di sini, sehari awal sebelum tarikh janji temu mereka bagi mengelak pembaziran berlaku,” katanya ketika ditemui selepas majlis sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada Hospital UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam di sini hari ini.

Menurutnya, alasan yang diberikan mereka yang tidak hadir seperti tidak menyemak sesi janji temu di aplikasi MySejahtera dan mempunyai urusan lain pada hari berkenaan.

Justeru Sazzli meminta mereka yang tidak dapat hadir pada sesi berkenaan supaya memaklumkan awal kepada pihaknya supaya mereka boleh membuat anggaran jumlah vaksin yang perlu mereka keluarkan daripada peti sejuk itu.

“Kita boleh beri tarikh janji temu pada hari lain kepada mereka. Setakat ini, lebih 10,000 penerima vaksin yang telah menerima vaksin di PPV ini,” katanya.-BH

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373