Man United kembali diperkuat tiga tonggak

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Erik ten Hag berharap Sergio Reguilon, Christian Eriksen dan Scott McTominay akan kembali memperkuat Manchester United menjelang aksi Liga Perdana Inggeris menentang Crystal Palace malam esok.

Trio berkenaan tidak beraksi dalam kemenangan 3-0 ke atas pasukan sama dalam aksi Piala Liga pada Selasa akibat masalah kesihatan selepas menewaskan Burnley sebelum itu.

Reguillon tidak melaporkan diri di kompleks latihan Carrington selepas pertembungan di Turf Moor, dengan United melarang pemain-pemain yang tidak sihat menyertai skuad bagi mengelak jangkitan.

Pemain Sepanyol itu jatuh sakit sebelum perlawanan Burnley, tetapi tetap mahu beraksi dan hanya digantikan oleh Raphael Varane selepas minit ke-79.

Eriksen dan McTominay sepatutnya kembali beraksi selepas meyertai latihan Isnin lalu, tetapi tahap kesihatan mereka tidak mengizinkan dan terpaksa berehat.

Reguilon hanya membuat tiga penampilan sejak menyertai United secara pinjaman dari Totenham pada hari terakhir jendela perpindahan musim panas.

Lebih menggembirakan buat peminat United ialah bek tengah, Harry Maguire juga kembali cergas selepas cedera ketika kemenangan ke atas Palace dalam aksi Piala Liga.

United kini di tangga kesembilan Liga Perdana Inggeris selepas merakam tiga kemenangan dan tiga kekalahan. Mereka ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu, Manchester City.
– AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373