Man United silap besar beli Onana – Sutton

Estimate Reading Time: < 1 minute

MANCHESTER: Chris Sutton percaya Manchester United tersilap langkah apabila menandatangani Andre Onana dan mereka sepatutnya kekal bersama David de Gea.

Sutton mendakwa, penjaga gol yang ditandatangani pada musim panas lalu itu menambah tekanan ke atas rakan sepasukan dengan melakukan deretan kesilapan berprofil tinggi.

Pemain Cameroon itu sekali lagi melakukan kesilapan Sabtu lalu apabila dia ditewaskan Mathias Jensen untuk Brentford mendahului permainan di Old Trafford.

United bangkit hasil dua gol Scott McTominay dalam masa kecederaan, sekali gus membolehkan pengendali, Erik ten Hag menarik nafas lega.

Sutton bimbang Ten Hag tidak dapat merehatkan Onana kerana penjaga gol simpanan, Altay Bayindir masih diragui kemampuannya.

“Saya terpaksa mencari namanya. Kita bercakap tentang Arsenal mempunyai dua penjaga gol hebat. Saya rasa Onana bagus dengan kakinya, tetapi dia juga perlu menggunakan tangannya dan saya rasa dia tidak cukup bagus.

“Dalam perlawanan penting, biasanya orang tidak menghiraukan cerita di gawang. Mereka akan bercakap tentang kesilapan di bahagian tengah, hantaran yang silap, (Victo) Lindelof sepatutnya beraksi lebih baik.

“Kesimpulannya, sejak beberapa tahun lalu, Manchester United mempunyai penjaga gol hebat – Peter Schmeichel, malah David de Gea.

“De Gea jauh lebih baik berbanding Onana tetapi jika Onana melakukan tugasnya – dan ia bukan sesuatu yang sukar – tidak akan menjadi isu.

“Saya rasa dia sekadar menambah tekanan ke atas pasukan dan hakikatnya dia tidak cukup bagus untuk Manchester United. Mereka melakukan kesilapan besar kerana membawanya masuk,” kata Sutton.
– AGENSI
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373