Mangsa banjir di Perak meningkat kepada 324 pagi ini

Estimate Reading Time: < 1 minute

TELUK INTAN: Mangsa banjir di Perak setakat 8 pagi ini meningkat kepada 324 daripada 99 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di tiga daerah.

Jumlah itu meningkat berbanding 273 daripada 85 keluarga jam 6 petang semalam.

Sebuah PPS baru dibuka di Hulu Perak jam 10.15 malam tadi membabitkan 76 mangsa daripada 20 keluarga. Semua mangsa diarah berpindah selepas banjir melanda sembilan kampung di daerah berkenaan merangkumi Kampung Pahat Dalam; Kampung Pahat Luar; Kampung Tanjung Kekabu; Kampung Star Kecil; Kampung Kerunai; Kampung Kota; Kampung Dusun; Kampung Padang Stang dan Kampung Padang Langgar.

Tiga PPS lain iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak (dibuka 23 Oktober lalu) dan PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap (dibuka 24 Oktober lalu) di daerah Hilir Perak serta PPS SK Changkat Lobak (dibuka 24 Oktober lalu) di daerah Kerian masih aktif.

“Hilir Perak menjadi daerah paling terjejas di Perak dengan merekodkan 207 mangsa (66 keluarga) ditempatkan di dua PPS selepas beberapa kampung di Changkat Jong dinaiki air kesan limpahan Sungai Bidor.

“Seramai 169 mangsa (55 keluarga) ditempatkan du PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, manakala PPS Dewan MPTI Langkap menempatkan 38 mangsa (15 keluarga) .

“PPS SK Changkat Lobak pula mencatatkan 41 mangsa daripada sembilan keluarga,” katanya.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak melaporkan paras air Sungai Bidor di Changkat Jong dekat sini mencecah 3.82 meter (m), melepasi paras bahaya 3.50m.

“Paras air di Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang dan Sungai Kerian di Selama berada pada paras berjaga-jaga dengan masing-masing merekodkan 13.48m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kinta, 13.00m) dan 11.28m (paras berjaga-jaga bagi Sungai Kerian, 11.00m),” katanya.
-BeritaHarian

Comments (0)
Add Comment

Notice: ob_end_flush(): failed to send buffer of zlib output compression (0) in /home/capitalp/public_html/wp-includes/functions.php on line 5373